Friday, September 9, 2011

Usahawan Hebat - MENJAGA PERHUBUNGAN DENGAN TUHAN

Sebagai seorang usahawan, anda juga adalah manusia biasa. Sama seperti manusia-manusia yang lain. Kita semua adalah manusia yang lemah dan hina disisi Tuhan yang Esa. Allah s.w.t adalah Tuhan yang anda sembah. Kepada-Nya anda memohon doa, memohon keampunan, memohon rahmat dan memohon rezeki yang melimpah ruah dalam bidang perniagaan. 

Sebagai usahawan yang bijak, anda boleh merancang pelbagai   kaedah dan strategi dengan sebaik mungkin tetapi hanya Allah sahaja yang boleh menjadikan segala perancangan dan cita-cita itu satu kenyataan. Hanya Allah sahaja yang boleh memakbulkan semua doa-doa atau keinginan anda. 

Mengapa ada manusia yang Allah percepatkan keinginannya dan ada Manusia yang Allah tangguhkan dulu keinginannya?

Usahawan islam yang berjaya menjaga perhubungannya dengan Allah. Mereka melaksanakan segala perintah dan suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang di larang. Usahawan yang berjaya akan mengucapkan syukur dan memuji kebesaran Allah s.w.t sebagai tanda terima kasih kerana usaha dan kerja keras selama ini telah berhasil dek kerana telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Mengucapkan syukur dan berterima kasih pada Tuhan adalah penting  supaya anda tidak lupa diri. 

Usahawan yang bersyukur akan mengatakan “Alhamdulillah, akhirnya cita-cita dan impian untuk menjadi usahawan berjaya telah dimakbulkan oleh Allah.” Kejayaan demi kejayaan yang dicapai menjadikan diri mereka lebih dekat dengan Allah. Dia akan lebih bersyukur dan banyak bersedekah. Dia tidak lupa diri.

Usahawan yang lupa diri dan tidak tahu bersyukur akan mengatakan “Yes, akhirnya aku berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya kerana usaha aku yang kuat.” Mereka lupa diri bahawa Allah yang memberikan rezeki dengan menjadikan perniagaan mereka maju dan berjaya.


No comments:

Post a Comment